Halaman

Jumaat, 21 Mac 2014

As-Syariah

Assalamualaikum W.B.T, salam mawaddah..

Alhamdulillah, 1st time mencabar diri untuk masuk debat arab mustawa sittah (level 6), haa..nak kenalkan saff As-Syariah, nama group debat ana;

Dari kiri, Afiq, Adilah dan Amir
Naam, semua bercermin mata kecuali ana. Hebat-hebat blake..:) Banyak kenangan dan kekangan yang dilalui bersama dari pertandingan 1-final, Alhamdulillah..Pelbagai perangai yang ditonjol. Susah senang bersama.

Gambar ni sebelum munazarah final bermula. Masing-masing berdebar nak jumpa pihak lawan (Syabab ad-daie). Dengar kata mereka hebat tapi ana yakin kumpulan syariah lagi hebat, biiznillah..Cuak semacam aje sebab tu si Amir tu tutup mulut..hihi. Adilah senyum sempoi tapi berapa kali dah cakap nak terjun bangunan lah, nak nangislah..nampak tak kegemuruhannya di situ. Si Afiq pulak nak termuntah kadangkala, katanya "Aku kalau cuak memang macam ni, nak muntah".

Adilah dan ferrero rochernya..:)


Apa-apa pun, kita dah berjaya melangkah kaki ke LHA untuk menyahut cabaran ke final. Alhamdulillah. Usaha kita tidak sia-sia. Ana rasa kagum dengan mereka semua sebab sentiasa bersemangat untuk teruskan munazarah walaupun macam 'itik'. (betul tak Dilah?..hehe)

Masuk munazarah bukan kerana hadiah, bukan juga kerna wang tapi kerna ingin mencari ilmu terutama bahasa Al-Quran. InshaAllah, jika benar-benar ikhlas, Allah mudahkan jalan untuk belajar bahasa syurga tu.

Tak rugiii...dapat belajar banyak vocab, banyak istilah.



Alhamdulillah, walaupun kami tak berjaya meraih pangkat faiz, kami rasa puas hati sebab dah berusaha sehabis mungkin untuk teruskan debat sampailah ke final. Allah tahu yang terbaik.

*Lepas ni nak join lagi ke? belum pasti...tiba-tiba rasa debar, takut..hehe

Akhir kalam, syariah memang ohsem, inshaAllah. Sekian. :) 

3 ulasan:

  1. Hahaha.... Kawan ana daai'man itik bila nak munazharah... Syukran nti... Entri yang sangat bermakna :')

    BalasPadam
  2. Macam cantik jer...macam comel jer hehe

    BalasPadam