Halaman

Ahad, 23 Mac 2014

'Seni manusia'

Assalamualaikum,

Seni kraf, seni tangan, seni suara. Seni manusi pun adaaa...
Seni membentuk manusia agar jadi insan berguna. Keindahan seni menusia hanya terlihat dalam Islam.

Warna warni seni..:)
Nak lukis kartun manusia senang, bermula dengan kepala, mata, hidung sehinggalah kaki tapi nak lukis peribadi muslim dalam diri manusia itu sangat sukar. Sungguh. Bukan senang.Perlu berseni. Buat para daie, para murabbi, para walidain..didiklah orang dibawahmu dengan penuh hikmah dan berseni seperti mana halus dan telitinya lukisan pada kertas lukisan dan seperti halusnya sulaman pada kain sutera.

Apa yang penting cara kita didik, bukan cara kita herdik. Ramai para daie yang merasa dirinya 'baik' dengan memarahi orang yang dirasanya 'kurang baik'. Kita hidup bukan seorang, perlu bersosial. Allah menyuruh kita agar amar makruf nahi munkar, bukan nafsi-nafsi (diri aku,aku..diri kau, kau). Nak berdakwah, sampaikan perkara baik pun perlu ada caranya.

Jika orang tu sensitif, guna cara yang lembut. Tidak sakitkan hatinya. Jika dia garang, guna cara tengah tanpa buat diri dia marah. Silap cara, habis kita dibelasahnya dek kerana kesalahan kita berdakwah juga.

Baru ni ana kagum lihat seorang sahabat ana, dia menerima seutas tasbih dari naqib usrahya. Katanya "Kami memang selalu begini, kadang-kadang naqib belanja beli bukulah..pilih aje..".Allahu..terasa malu sebentar. Mereka lelaki tapi cara dakwah mereka lebih matang dari perempuan.

Kata sahabat ana yang perempuan pula, "Bestnye..kalau sister tak ada pun..asyik nasihat-nasihat..pesanan..".

Ubah cara dakwah kita, jalan dakwah itu banyak. Tidak boleh cara ini, try cara itu. InshaAllah berhasil..biiznillah. Jom! dakwah tugas semua.

Sabtu, 22 Mac 2014

'U'

Assalamualaikum W.B.T..:)

Kalau di peringkat sekolah dulu, antara cita-cita ana adalah...

'NAK MASUK U'

Gambar pamer..:)
Bila dah masuk universiti, tujuan ana terhenti seketika. Ana pernah menyoal diri 'lepas ni nak pergi mana?, buat apa?'.Jadi buntu seketika. Lepas termenung seketika, baru dapat jawapannya. 'Universiti bukan segalanya, bukan satu tujuan yang wajib tapi ilmu dan akhirat itu penting, universiti hanya tempat..'. Alhamdulillah, dapat menjejakkan kaki ke bumi cfs, UIAM. Pelbagai ilmu yang dipelajari. Ukuran ilmu yang sebenar bukan pada pointer tapi pada amal dan kefahaman. Sejauh mana kita faham dan beramal dengan apa yang kita faham. Itu hakikatnya.

Buktinya; 

Ada aje lulusan universiti jadi pelacur, jadi perompak, jadi orang yang tidak baik. jadi, semua bergantung pada diri kita..

Ada aje orang yang tidak masuk universiti, berjaya. 

Kejayaan bukan dilihat pada sijil ijazah tapi kejayaan sebenar dilihat pada akhlak.Akhlak itu yang utama. Belajarlah walaupun bukan di universiti, belajarlah walaupun di universiti, belajarlah..

Ilmu Allah itu luas, sangat luas.

Sekian.



Jumaat, 21 Mac 2014

Gagal?!!

Assalamualikum,

dekat dah nak sampai exam akhir sem. Allahu..Aku tahu nak exam, tapi...

Ermm..susahnya tangan ni nak buka buku.

Beginila keadaan student bila tiba exam..:)

Betullah, bila kita tak tahan penat belajar, kita akan tanggung perit kebodohan. Semua tak tahu.
Apa yang lagi susah, akan datang. Zoooommm sebentar..

Jika rajin sekarang, InshaAllah mudah mendatang. Ana juga pernah kecewa, sangat kecewa sampai menangis telefon mak. 

"Ma..result rendah sangat.."

Tapi, Alhamdulillah mak naikkan semangat semula, "tak apa, yang penting dapat ijazah, pointer tak penting mana.." (iyeke..hehe). Itulah seorang ibu, cuba sedaya upaya untuk motivasi anaknya. Lepas tahu result merudum, apa lagiiii....tengok buku pun rasa macam nak nangis. Tak nak study dah..

Sampailah call seorang sahabat ana ni, dia siap nyanyi lagu 'ujian' pada ana. Terima kasih sahabat!

Berapa hari kemudian, kene pergi consult madam..huhu. hati bertukar bimbang, malu, resah..macam-macam adaa..

"Madam, saya dapat result last.."

"Tak apa, awak bukan last.."

Dengar madam cakap macam tu, semangat makin berkobar. Alhamdulillah setelah lama mintak advise dari madam, semangatku naikkk semula. Madam senyum aje.

InshaAllah, i will try my best! 

Macam tula..storynya..gagal dalam exam bukan bereti gagal selamanya. Bangkitlah semula! gagal yang sebenar bilamana kita putus asa.

So, let's make a change for ummah!! ;)

Maat taufiq wannajah..



Mukmin Qawiy

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita tentang "Kem Mukmin Qawiy" bersama fasilitatornya yang sememangnya Qawiy, InshaAllah. :D

Ni haa..name tag mukmin qawiy plus button batch.
(Kredit tu Aqila Sufiyyah)..:)
First, rancang nak buat kem bukan satu perkara mudah. Banyak rintangan. Macam-macam. Kertas kerja, sponsor, meeting (kami meeting Jarak Jauh aje). Kejar-kejar dengan assignments lagi..

Tapi..

Tulah yang maniisss sebenarnya. Dapat saling kerjasama siapkan perjalanan kem. Alhamdulillah, dapat pertolongan dari kawan-kawan yang baik semuanya. Anak-anak buah (junior) yang mantoopp..mudah kerjasama..:)

Kem berjalan lancar, Alhamdulillah. Bila jumpa kawan lama semula, terasa diri ini kerdil aje..diorang dah besar-besar. Adik-adik junior pulak tinggi-tinggi.

"Kak, kak macam adik je..sebab kecik"..huhu, tak apala..kecik-kecik cili padi tau.

Nak kenalkan dengan group mukmin Qawiy:;

Saff fasi perempuan yang kiut..:)
Alhamdulillah, dengan kehadiran mereka, kem sempurna. Terima kasih atas pertolongan ya! Jazakumullah khairan katsir..Bolehlah nak adik ipar ni..hehe.Dari kiri, syahira kamisan orangnya kecil tapi tegas, Atiqah Syakira comel aje, Amirah sudi korbankan masa untuk kem, Mayam Jamielah yang cantik sesuai dengan namanya..hehe dan juga Sarah yang sopan sentiasa..:)

Yang ni pula syabab muda..:)

Apa yang penting? Ikhlas.Ikhlas.Ikhlas. Jika tidak keranaNya, pasti ada kekurangan. Setiap perkara yang dibuat pasti keranaNya. Dari kiri tu Che Wan, tolong sumbang suara untuk MC majlis penutup. Amri ustaz yang kacak bergaya. Muhaimin, tiba muncul hari akhir program, Syahid yang hebat merangkap ketua disiplin kem, yang hensem baju batik kuning tu ustaz kiter, ustaz Abdul Manan Al-Marbawi, berbeju melayu biru namanya Saufi; ketua kem, Si baju kot hitam Adil Fahim juru kamera kite dan berjubah Syed Abdus Salam moderator slot teori solat. Faiz, Amirul Asyraf dan Badiuzzaman, terima kasih. (tiada dalam gambar)

Terima kasih kalian kerana sudi sumbang tenaga, masa malah idea untuk kem ini.Ana hargai. Moga ALLAH membalas jasa baik kalian..:)

*InshaAllah, moga kem kita tidak terhenti di sini saja..sama juga dengan ukhwah yang terbina..Sama-sama perjuangkan Islam naikkan nama ad-deen,InshaAllah*

Sekian,,(n_n)


As-Syariah

Assalamualaikum W.B.T, salam mawaddah..

Alhamdulillah, 1st time mencabar diri untuk masuk debat arab mustawa sittah (level 6), haa..nak kenalkan saff As-Syariah, nama group debat ana;

Dari kiri, Afiq, Adilah dan Amir
Naam, semua bercermin mata kecuali ana. Hebat-hebat blake..:) Banyak kenangan dan kekangan yang dilalui bersama dari pertandingan 1-final, Alhamdulillah..Pelbagai perangai yang ditonjol. Susah senang bersama.

Gambar ni sebelum munazarah final bermula. Masing-masing berdebar nak jumpa pihak lawan (Syabab ad-daie). Dengar kata mereka hebat tapi ana yakin kumpulan syariah lagi hebat, biiznillah..Cuak semacam aje sebab tu si Amir tu tutup mulut..hihi. Adilah senyum sempoi tapi berapa kali dah cakap nak terjun bangunan lah, nak nangislah..nampak tak kegemuruhannya di situ. Si Afiq pulak nak termuntah kadangkala, katanya "Aku kalau cuak memang macam ni, nak muntah".

Adilah dan ferrero rochernya..:)


Apa-apa pun, kita dah berjaya melangkah kaki ke LHA untuk menyahut cabaran ke final. Alhamdulillah. Usaha kita tidak sia-sia. Ana rasa kagum dengan mereka semua sebab sentiasa bersemangat untuk teruskan munazarah walaupun macam 'itik'. (betul tak Dilah?..hehe)

Masuk munazarah bukan kerana hadiah, bukan juga kerna wang tapi kerna ingin mencari ilmu terutama bahasa Al-Quran. InshaAllah, jika benar-benar ikhlas, Allah mudahkan jalan untuk belajar bahasa syurga tu.

Tak rugiii...dapat belajar banyak vocab, banyak istilah.



Alhamdulillah, walaupun kami tak berjaya meraih pangkat faiz, kami rasa puas hati sebab dah berusaha sehabis mungkin untuk teruskan debat sampailah ke final. Allah tahu yang terbaik.

*Lepas ni nak join lagi ke? belum pasti...tiba-tiba rasa debar, takut..hehe

Akhir kalam, syariah memang ohsem, inshaAllah. Sekian. :) 

Khamis, 7 November 2013

Ketuk hati..

Assalamualaikum...

Adik Syafi comeeeel...:)


Haa....sekarang nak cerita tentang kanak-kanak atau adik2 saya yang comel2..heee...

Suka tengok wajah kanak-kanak yang belum ada dosa, mukanya bersih, nafasnya wangi dari perkara yang buruk..Allahurabbi...baiknya ALLAH Taala,sayangnya ALLAH pada kita..

Cuba fikirkan kalaulah kita lahir terus ada dosa, sudah tentu banyak tidak terkira dosa yang melekat dalam hati...hitam kelam hati...sampailah usia kita sekarang, belum dicampur dosa yang mendatang..Adik yang comel berkopiah hitam ni adik Syafi, pandai berkata-kata, kadang-kadang "mereka" mengajar kita perkara yang "orang dewasa" tahu tapi tidak diamalkan, buat endah tak endah saja...

"Kak, tengok kat depan tu...ada kubur"

"Yup...kubur,kalau nampak kubur cakap apa..?"

"Assalamualaikum ya ahli kubur..."

"Pandai..."

"Kak...cakap..cakaplah!"

"Oh...Assalamualaikum ya ahli kubur.."

Tergamam sebentar, yup.."orang dewasa" kadang-kadang pandai mengajar tapi lupa hendak terapkan dalam diri. Ya, kita manusia..sering lupa..bukankah dengan praktikan amalan baik ini akan buat kita ingat..ingat sebab sudah menjadi amalan seharian..jangan cakap nak ingat perkara-perkara besar, perkara kecil macam Alif, Ba..,Ta..pun kadang-kadang terlupa..itulah pentingnya amalan supaya diri yang penuh dosa ini sentiasa ingat dengan pencipta jasad dan roh..tidak leka dibuai lautan duniawi..

Di balik solat 5 kali sehari ada hikmah yang ALLAH letak...cuba bayangkan! kalau solat hanya dibuat sekali seminggu...sudah tentu ramai di antara kita yang lupa, lupa pada Yang Esa..sebab itu Allah Maha Tahu..antara tujuan solat 5 kali sehari adalah supaya kita sentiasa beringat kita ini berTUHAN...Subhanallah!..
Adik Munif & Hanif yang cute...:)

Tak apa...sama-sama ingat mengingatkan...ingatkan diri dan orang lain, diingatkan diri dan orang lain..InshaALLAH, moga ALLAH redha..

Satu lagi, dalam proses mentarbiah anak-anak logiknya kita menggunakan kaedah yang baik dan simple.. mudah difahami oleh mereka. Ajari mereka mengenal TUHAN tika usia masih kecil,pasakkan akidah yang mantap dalam diri mereka supaya kelak mereka "berjaya" bukan dengan hiburan semata-mata..kita mahu anak yang berbakti untuk ibu bapa malah yang penting berbakti pada ummah..bukan berjoget @ berdansa sesuka hati..Naudzubillah..

Jadilah orang yang manfaat untuk ummah, beri perkara baik, inshaAllah natijahnya baik...

Oke..tibe2 saya jadi emosional..hehe...sorry klau ada tersilap dan tersalah bicara..Yang baik dari ALLAH, yang buruk dari diri saya sendiri...wassalam..:)









Rabu, 6 November 2013

Roomatesku

Salam sakinah...semua senyum, jangan masam2 ye..haa..macam tulah..baru best...

Oke, kali ni saya nak kenalkan roomates yang comel2 blake ni...

Dari kiri, Sara, Aina Natrah dan Aina Tadj

Alhamdulillah, Allah pilih saya untuk sambung pengajian di UIAM atas fakulti undang-undang shariah, InshaAllah..oke, yang ni adalah sahabat-sahabat saya yang banyak menghiburkan hati di sana...Almaklum bila duduk berjauhan dengan keluarga memang kena rapat dengan sahabat2...yang penting binalah hubungan kita dengan Redha Allah..

Sara, anak negori sembilan, manis je orangnya dan keibu2an sikit, Alhamdulillah, bilik tak bersepah sebab dia suka mengemas...semuanya kemassss....ceria je, yang bestnya, dia rajin kemas barang-barang bukan miliknya skali...jadi, masuk aje bilik msti clean and clear dah..:)

Yang tengah comel tu Aina Natrah, orang jauh sana..Perak datangnya. Selalu bagi semangat pd kwn2...rajin outing dari bilik, kalau menghilang tu ke librarylah jwnbya...tak pun study group sampai lewat malam...memang rajin benor study...:)

Lastly, sahabat yang sentiasa berada di sisi sepanjang sem 1 ni..semua kerja buat bersama sebab kelas sama, result pun sama...!he2...macam kembar dah...Aina Tadj namanya...selalu ingatkan diri supaya datang awal & menepati waktu ke kelas..klau terlewat, jawabnya berlari bekejaranlah sama-sama...:)

Alhamdulillah, setiap perkara bahkan setiap orang yang kita kenal, Allah dah catat hikmahnya..kadang-kadang diri kita jadi baik dan tidak mudah putus asa atas dorongan "orang-orang macam mereka" yang tak pernah lekang mmberi nasihat pada diri..hargailah sahabat selagi masih bersama...binalah ikatan dengan iman supaya kita dapat sama-sama melangkah ke syurga, bukan dengan "tinggalkan" sahabat kita di belakang...~sama-sama pimpin tangan masuk syurga, itukan lebih best..~...

p/s :terima kasih sahabat sebab sudi berkawan dengan saya..Salam ukhwah Fillah (n_n)