Halaman

Ahad, 23 Disember 2012

Mutarabbi


Suasana hari ini sungguh nyaman ditambah dengan deruan angin menyejukkan hati setiap jiwa insan.Sang suria pula tidak henti-henti membakar diri demi makhluk sekelilingnya.Maha suci Allah yang menjadikan alam ini tanpa sia-sia.Bergema alunan bacaan warkah dari Tuhan naik ke Luh Mahfuz.Suara hamba-hambanya memuji kebesaran Ilahi tanda syukur.
Pusat pengajian Al-Quran dan fardhu ain ini sememangnya menjadi tumpuan mata-mata penduduk kampung Jabal wahid.Tenaga pengajarnya pula berkelulusan tinggi dan juga mesra pelajar.Setiap petang dan malam ahad hingga khamis  pasti bangunan ini tidak sunyi daripada alunan zikrullah.Terdetik pula rasa kagum di hati pemuda berbaju melayu kehijauan, Miar Zul,salah seorang murabbi di pusat tarbiah itu. Dia memandang ke langit melihat awan berarak menutupi bumi.Matanya meluru ke arah para sahabatnya,yang turut mengorbankan jiwa,masa dan tenaga mendidik anak-anak bangsa mengenal Sang Rabbi disamping mereka menjadi penuntut di salah sebuah institusi pengajian di bumi anbiya’ ini.Harapannya agar suatu hari nanti pusat ini dapat melahirkan bintang -bintang bukan sahaja di pentas dunia malah di pentas akhirat kelak.Mewarnai bumi dengan didikan dan ajaran yang sebenar.Bumi tempat kelahiran mujahid inilah yang akan ku realisasikan impian itu suatu hari kelak!,Insya-Allah.Lirik matanya terhenti seketika.
 “Ini huruf alif,ba...,ta,sa...,cuba ikut ustaz baca ya”,Seorang pemuda berpakaian kemas dengan ketayap di kepala  mengajar anak didiknya mengenal Kalimah Tuhan. “Alif,ba...,ta..,sa”,Rahim mengikuti bacaan ustaznya perlahan-lahan kerana dia baru hendak mengenal.
“Kalau huruf nun ada alif dibaca panjang macam ni naaaa....kalau nun tak ada alif dibaca pendek,na!,cuba baca,ini apa?”,Naim mengarahkan tangannya yang memegang rotan ke arah kitab muqaddam yang dibaca oleh Abdul Rahim. “Na.” “eh,kan ustaz dah kata kalau huruf yang bertemu dengan huruf alif ini kena baca panjang sedikit...”. “Naaa...”,Abdul Rahim membaca  dengan nada suara yang lantang. “Ha! Pandai pun! Macam itulah..”.
Okey semua, ustaz nak kamu semua ni bersiap! Nak solat isyak dah, kalau lambat, lambatlah kamu semua balik!”Naim  mengeluarkan suara yang berbunyi agak tegas sambil matanya meliar mencari gelagat anak muridnya yang seorang lagi, Fahimuddin.Badan yang kecil molek menghampirinya lalu menghulurkan duit syiling RM0.10 sen. “Fahim!...ni pun awak,ustaz cari awak tadi, awak ke mana?”.”Ustaz, saya pergi kedai Mak Mah sebelah, beli buku.Ais krim ni berapa sen ustaz?”.Fahim menggigit ais krim di dalam mulutnya. “RM 0.20 sen je...,eh,ni tak cukup ni, ais krim ni 20 sen,cuba minta tawar harga dengan ustaz Min”.Naim tersenyum sendirian melihat gelagat anak muridnya itu, tersemat rasa terharu dalam hatinya.Manakan tidak! Seorang anak kecil yang hanya diberi RM 1.00 sahaja sehari untuk berbelanja  disebabkan mak dan ayah tidak mampu menanggung kos hidup apatah lagi di era pascamerdeka ini,semuanya perlukan wang,bahkan masuk ke tandas pun kena bayar RM 0.20 sen!.Naim memerhatikan anak muridnya itu dari jauh.Oh! dunia ini kadang kala kejam!.
“Ustaz Min, ais krim ini RM 0.20 sen ke?”, Fahim bertanya sambil tangannya dicelup ke dalam poket macam mencari sesuatu,mungkin mencari saki baki duit syiling.
“Tak apa, ustaz bagi Fahim free of charge deh?ambil je”,Muhaimin menggosok kepala Fahim dan menyuruhnya mengambil wudhuk. “Terima kasih ustaz”. “Sama-sama...”.
“Min...anta bagi free ais krim kat Fahim?”, “Ye lah...kesian ana tengok dia tu, ana bagi jelah...”.Muhaimin memberitahu rakan karibnya Naimuddin. “Pak Nang tak mari ke malam ni?”,Miar bertanya. “Man...Pak Nang tak mari malam ni,dia bertugas di UniSZA”.”Oo...tak apalah kalau macam tu,ana sebenarnya ada benda sikit nak cakap dengan dia.”Miar Zul atau lebih mesra dipanggil aman memberitahu Naim dan Muhaimin sambil tangannya membelek-belek kitab Indahnya Hidup bersyariat karya Dato’ Dr. Ismail Kamus yang kini laris di pasaran. Aman mengambil rotan yang tergantung di dinding.“ tu, kasihan ana tengok Shah, jaga budak-budak seorang diri dari tadi,ana bantu dia lah sekejap,lepas ni kita solat berjemaah sama-sama,boleh? “.
No problem…”, Muhaimin membalasnya sambil senyuman terukir di bibir.
Seusai solat isyak berjemaah diimamkan oleh Aman mereka duduk membuat halaqah.
“Ana pergi buat air jap,antum berbincanglah dulu”,Shah bangun dan meluru ke satu meja kecil di penjuru bilik tersebut untuk membancuh teh.
“Okey…bagusnya sahabat ana ni, macam inilah sahabat ana”,Muhaimin membuka helaian buku nota kecil miliknya sambil melakar sesuatu di atas kertas bersaiz A4. “Ye lah,anta ni muhaimin kalau tak puji sehari tak sah..!ada-ada saja..”.
“Aman!anta termenung apa ye…dah sampai eropah ke?ke teringat kat bidadari mana?”.Naim senyum sambil menepuk belakang sahabatnya itu. “Aman kalau termenung tu penuh makna tau!”,Shah menyapa dari belakang sambil menghulurkan teh kepada sahabat-sahabatnya itu.Mereka ketawa mendengar kata-kata Shah tadi sementara Aman hanya mendiamkan diri.
“Ehm..nak tengok orang sekeliling pun tak sempat,apatah lagi nak tengok bidadari…setakat ni bidadara je yang ana sempat tengok”.Nyaris tersembur air teh panas yang dihirup Shah sebaik sahaja mendengar ucapan Aman tadi.Rasa mahu tergelak sahaja di situ.
“Masuk bab mana dah kita ni…Alright,back to the topic,Insya-Allah, tak lama lagi kita akan adakan kem Tahsin Al-Quran dan Tarbiah jiwa, sekarang ni ana nak minta cadangan antum semua,nak buat aktiviti apa nanti,boleh?”,Muhaimin membuka bicara.Telinganya bersedia mendengar pandangan daripada mereka terutama Aman,yang sememangnya berminda tajdid.
“Kita buat sesi tarannum nak?sesi ni Pak Nang dan Pak Zul boleh handle kan?”,Naim memberi cadangan.
Abdul Manan atau lebih mesra dikenali dengan panggilan glamournya Pak Nang dan beserta kembar suaranya iaitu Farizul sebagai Pak Zul memang mahir dalam ilmu Al-Quran terutamanya Tarannum.Mereka tidak dapat hadir halaqah malam itu kerana ada mushkilah yang perlu diselesaikan.
“Okey,ana setuju sangat..!lepas sesi Tarannum tu kita boleh buat pertandingan pula,setiap aktiviti kita sertakan dengan pertandingan,barulah power!”bersemangat Aman menyokong pandangan Naim.
“Power Root tongkat Ali kah?”,Shah berseloroh.Mereka ketawa kecil.Malam itu mereka  memerah minda untuk megeluarkan idea-idea yang menarik untuk dilengkapkan dalam kertas kerja sebelum dihantar kepada Ustazah Rasyidah,pengurus pusat fardhu ain tersebut untuk disemak.
******
          Suasana Permai pagi ini ditambah pula dengan udara segar menyegarkan minda daripada kesibukan bekerja setiap hari. "Alhamdulillah...Allahurrabi...",Aman memuji Al-Khaliq sambil khusyuk menelaah kitab Hikam  karangan Ulama-ulama mahsyur terdahulu. Beberapa minit kemudian, dia  terdengar deringan telifon yang dipegang berbunyi syahdu nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Impian Hamba lantas menjawab panggilan, tertera nama Syed Fahmi pada skrin telefonnya. Tiba-tiba dia tersenyum, macam ada aura di situ kerana sudah lama tidak mendengar khabar sahabatnya itu sejak berpindah ke Negeri Terengganu.
"Assalamualaikum ya akhi...kaifa anta al yaum?maza taf"al?",kedengaran suara sapaan mesra dari telifon bimbitnya. Dia lekas menjawab. "Waalaikumussalam...Alhamdulillah,ana bikhair..murajaah durus  fi maktabah..maza akhi?"."La bats...hayya ila mat'am ma'i ba'da solah..boleh?"."InsyaAllah...boleh.Lama tak dengar berita orang sana?Aina mat'am?"."Hadralmaut...panjang ceritanya, nanti ana cerita pada anta ye...".Suaranya bernada sedih.

Khamis, 6 Disember 2012

Sedikit intro..


Assalamualaikum warrahmatullah wabarakatuh...

Salam kemaafan kepada para pembaca blog Genre Qalbi..okey, firstly, Fiqa nak beritahu sahabat-sahabat kenapa blog ni namanya Genre hati...baik, genre hati ni sebenarnya pilihan terakhir slps menghempas pulas memikirkan tajuk apa yang sesuai untuk blog Fiqa ni (hehe)....Akhirnya, Allah beri ilham utk letak nama Genre (aliran) dan Qalbi (hatiku).

Setiap insan yang Allah cipta semuanya berlainan dari sudut hati biarpun luarnya sama iaitu bermula dari hujung rambut ke hujung kaki...warna kulitnya, warna matanya, warna rambutnya dan juga keperluannya.Namun begitu, aliran hati kita berbeza dan aliran ini jugalah yang patut kita pilih samada nak ambik aliran baik atau sebaliknya.Terkadang insan lebih rela memilih jalan yang "senang" tanpa memikirkan jalan yang susah namun di penghujungnya penuh dengan kemanisan dan keindahan.

Aliran hatiku dan hatimu tidak pernah sama walaupun sedetik.Saat ini insan lain memikirkan ukhrawi, siapa tahu saat ini kita sibuk memikirkan hal duniawi (harta,pangkat,mungkin kereta atau rumah mewah barang kali), wallahua'lam.

Oleh itu, tarbiahlah diri yang dihantui nafsu ini dengan memilih Sirat Mustaqim.Jalan para anbiya' dan mujahid cinta.Insya-Allah, syurga tempat kita...itu janji Sang Rabbi untuk hamba-Nya yang beramal soleh.
Ameen.

p/s: sama-sama mencapai Cinta-Nya, cinta abadi kekal selamanya!