Suasana hari ini sungguh nyaman
ditambah dengan deruan angin menyejukkan hati setiap jiwa insan.Sang suria pula
tidak henti-henti membakar diri demi makhluk sekelilingnya.Maha suci Allah yang
menjadikan alam ini tanpa sia-sia.Bergema alunan bacaan warkah dari Tuhan naik
ke Luh Mahfuz.Suara hamba-hambanya memuji kebesaran Ilahi tanda syukur.
Pusat pengajian Al-Quran dan
fardhu ain ini sememangnya menjadi tumpuan mata-mata penduduk kampung Jabal
wahid.Tenaga pengajarnya pula berkelulusan tinggi dan juga mesra pelajar.Setiap
petang dan malam ahad hingga khamis
pasti bangunan ini tidak sunyi daripada alunan zikrullah.Terdetik pula
rasa kagum di hati pemuda berbaju melayu kehijauan, Miar Zul,salah seorang
murabbi di pusat tarbiah itu. Dia memandang ke langit melihat awan berarak
menutupi bumi.Matanya meluru ke arah para sahabatnya,yang turut mengorbankan
jiwa,masa dan tenaga mendidik anak-anak bangsa mengenal Sang Rabbi disamping
mereka menjadi penuntut di salah sebuah institusi pengajian di bumi anbiya’
ini.Harapannya agar suatu hari nanti pusat ini dapat melahirkan bintang -bintang
bukan sahaja di pentas dunia malah di pentas akhirat kelak.Mewarnai bumi dengan
didikan dan ajaran yang sebenar.Bumi tempat kelahiran mujahid inilah yang akan
ku realisasikan impian itu suatu hari kelak!,Insya-Allah.Lirik matanya terhenti
seketika.
“Ini huruf
alif,ba...,ta,sa...,cuba ikut ustaz baca ya”,Seorang pemuda berpakaian kemas
dengan ketayap di kepala mengajar anak
didiknya mengenal Kalimah Tuhan. “Alif,ba...,ta..,sa”,Rahim mengikuti bacaan
ustaznya perlahan-lahan kerana dia baru hendak mengenal.
“Kalau huruf nun ada alif dibaca panjang macam ni
naaaa....kalau nun tak ada alif dibaca pendek,na!,cuba baca,ini apa?”,Naim
mengarahkan tangannya yang memegang rotan ke arah kitab muqaddam yang dibaca
oleh Abdul Rahim. “Na.” “eh,kan ustaz dah kata kalau huruf yang bertemu dengan
huruf alif ini kena baca panjang sedikit...”. “Naaa...”,Abdul Rahim membaca dengan nada suara yang lantang. “Ha! Pandai
pun! Macam itulah..”.
“Okey semua, ustaz
nak kamu semua ni bersiap! Nak solat isyak dah, kalau lambat, lambatlah kamu
semua balik!”Naim mengeluarkan suara
yang berbunyi agak tegas sambil matanya meliar mencari gelagat anak muridnya
yang seorang lagi, Fahimuddin.Badan yang kecil molek menghampirinya lalu
menghulurkan duit syiling RM0.10 sen. “Fahim!...ni pun awak,ustaz cari awak
tadi, awak ke mana?”.”Ustaz, saya pergi kedai Mak Mah sebelah, beli buku.Ais
krim ni berapa sen ustaz?”.Fahim menggigit ais krim di dalam mulutnya. “RM 0.20
sen je...,eh,ni tak cukup ni, ais krim ni 20 sen,cuba minta tawar harga dengan
ustaz Min”.Naim tersenyum sendirian melihat gelagat anak muridnya itu, tersemat
rasa terharu dalam hatinya.Manakan tidak! Seorang anak kecil yang hanya diberi
RM 1.00 sahaja sehari untuk berbelanja disebabkan mak dan ayah tidak mampu menanggung
kos hidup apatah lagi di era pascamerdeka ini,semuanya perlukan wang,bahkan
masuk ke tandas pun kena bayar RM 0.20 sen!.Naim memerhatikan anak muridnya itu
dari jauh.Oh! dunia ini kadang kala kejam!.
“Ustaz Min, ais krim ini RM 0.20 sen ke?”, Fahim bertanya
sambil tangannya dicelup ke dalam poket macam mencari sesuatu,mungkin mencari
saki baki duit syiling.
“Tak apa, ustaz bagi Fahim free of charge deh?ambil je”,Muhaimin menggosok kepala Fahim dan
menyuruhnya mengambil wudhuk. “Terima kasih ustaz”. “Sama-sama...”.
“Min...anta bagi free ais krim kat Fahim?”, “Ye lah...kesian
ana tengok dia tu, ana bagi jelah...”.Muhaimin memberitahu rakan karibnya
Naimuddin. “Pak Nang tak mari ke malam ni?”,Miar bertanya. “Man...Pak Nang tak
mari malam ni,dia bertugas di UniSZA”.”Oo...tak apalah kalau macam tu,ana
sebenarnya ada benda sikit nak cakap dengan dia.”Miar Zul atau lebih mesra
dipanggil aman memberitahu Naim dan Muhaimin sambil tangannya membelek-belek
kitab Indahnya Hidup bersyariat karya Dato’ Dr. Ismail Kamus yang kini laris di
pasaran. Aman mengambil rotan yang tergantung di dinding.“ tu, kasihan ana
tengok Shah, jaga budak-budak seorang diri dari tadi,ana bantu dia lah
sekejap,lepas ni kita solat berjemaah sama-sama,boleh? “.
Seusai solat isyak berjemaah diimamkan oleh Aman mereka
duduk membuat halaqah.
“Ana pergi buat air jap,antum berbincanglah dulu”,Shah
bangun dan meluru ke satu meja kecil di penjuru bilik tersebut untuk membancuh
teh.
“Okey…bagusnya sahabat ana ni, macam inilah sahabat
ana”,Muhaimin membuka helaian buku nota kecil miliknya sambil melakar sesuatu
di atas kertas bersaiz A4. “Ye lah,anta ni muhaimin kalau tak puji sehari tak
sah..!ada-ada saja..”.
“Aman!anta termenung apa ye…dah sampai eropah ke?ke teringat
kat bidadari mana?”.Naim senyum sambil menepuk belakang sahabatnya itu. “Aman
kalau termenung tu penuh makna tau!”,Shah menyapa dari belakang sambil
menghulurkan teh kepada sahabat-sahabatnya itu.Mereka ketawa mendengar
kata-kata Shah tadi sementara Aman hanya mendiamkan diri.
“Ehm..nak tengok orang sekeliling pun tak sempat,apatah lagi
nak tengok bidadari…setakat ni bidadara je yang ana sempat tengok”.Nyaris
tersembur air teh panas yang dihirup Shah sebaik sahaja mendengar ucapan Aman
tadi.Rasa mahu tergelak sahaja di situ.
“Masuk bab mana dah kita ni…Alright,back to the topic,Insya-Allah, tak lama lagi kita akan
adakan kem Tahsin Al-Quran dan Tarbiah jiwa, sekarang ni ana nak minta cadangan
antum semua,nak buat aktiviti apa nanti,boleh?”,Muhaimin membuka
bicara.Telinganya bersedia mendengar pandangan daripada mereka terutama
Aman,yang sememangnya berminda tajdid.
“Kita buat sesi tarannum nak?sesi ni Pak Nang dan Pak Zul
boleh handle kan?”,Naim memberi
cadangan.
Abdul Manan atau lebih mesra dikenali dengan panggilan
glamournya Pak Nang dan beserta kembar suaranya iaitu Farizul sebagai Pak Zul
memang mahir dalam ilmu Al-Quran terutamanya Tarannum.Mereka tidak dapat hadir
halaqah malam itu kerana ada mushkilah yang
perlu diselesaikan.
“Okey,ana setuju sangat..!lepas sesi Tarannum tu kita boleh
buat pertandingan pula,setiap aktiviti kita sertakan dengan
pertandingan,barulah power!”bersemangat
Aman menyokong pandangan Naim.
“Power Root tongkat Ali kah?”,Shah berseloroh.Mereka ketawa
kecil.Malam itu mereka memerah minda untuk
megeluarkan idea-idea yang menarik untuk dilengkapkan dalam kertas kerja
sebelum dihantar kepada Ustazah Rasyidah,pengurus pusat fardhu ain tersebut
untuk disemak.
******
Suasana Permai pagi ini ditambah pula dengan udara segar menyegarkan minda daripada kesibukan bekerja setiap hari. "Alhamdulillah...Allahurrabi...",Aman memuji Al-Khaliq sambil khusyuk menelaah kitab Hikam karangan Ulama-ulama mahsyur terdahulu. Beberapa minit kemudian, dia terdengar deringan telifon yang dipegang berbunyi syahdu nyanyian Allahyarham Ustaz Asri Impian Hamba lantas menjawab panggilan, tertera nama Syed Fahmi pada skrin telefonnya. Tiba-tiba dia tersenyum, macam ada aura di situ kerana sudah lama tidak mendengar khabar sahabatnya itu sejak berpindah ke Negeri Terengganu.
"Assalamualaikum ya akhi...kaifa anta al yaum?maza taf"al?",kedengaran suara sapaan mesra dari telifon bimbitnya. Dia lekas menjawab. "Waalaikumussalam...Alhamdulillah,ana bikhair..murajaah durus fi maktabah..maza akhi?"."La bats...hayya ila mat'am ma'i ba'da solah..boleh?"."InsyaAllah...boleh.Lama tak dengar berita orang sana?Aina mat'am?"."Hadralmaut...panjang ceritanya, nanti ana cerita pada anta ye...".Suaranya bernada sedih.

.jpg)