Kadang-kadang hidup ini kurasakan begitu
sukar..ya,sukar untuk menempuh semua ini seorang diri. Penuh dengan
ujian,dugaan dan halangan yang mematangkan fikiran tika usia begini. Aku
terfikir bagaimana mereka yang diluar sana mengharungi semua ini. Adakah mereka
tiada ujian seperti ku..ah!tentu sekali tidak, kerana mereka yang bergelar
insan tetap akan merasai ujian daripada ALLAH sebagai tanda kasih sayang-Nya. Aku
tahu semua itu tapi hakikatnya hati ini kurasakan luluh dan rapuh lagi untuk
bertahan.
Ku ingin jadi seperti
mereka yang hidup dalam kerendahan hati. Mereka yang ku fikir tiada masalah
tertaut di hati, menyeksa jiwa. Hidup ini penuh duri, renjau dan
halangan.Mereka yang lemah sering ditindas oleh jiwa-jiwa yang tiada hati
perut!. Mereka hanya melihat keburukan seseorang dan hanya pandai menyalahkan
tapi tidak pandai menyentuh hati ini dari dalam, tidak pernah menyelami hati
orang yang dipersalahkan. Ah!makin aku fikir,makin sakit hati ini, bagai
dicucuk-cucuk dengan duri dan jarum.
“Hah! Budak nakal dah datang..buat kecoh di
sini..” seorang lelaki yang amat ku kenal mengejek-ejekku di depan khalayak
ramai. Apa mereka fikir aku ini tiada perasaan dan hati perut kah. Aku
menundukkan kepala,ya,hanya itu yang dapat ku lakukan.
Memang dulu aku ini kaki botol, kaki judi dan
macam-macam lagi pangkat yang dapat ku raih. Itu kisah silam yang menghantui
diriku. Aku ingin keluar dari kegelapan maksiat ini dan keluar menuju
cahaya,cahaya yang terang menyenangkan jiwa seorang insan yang bergelar hamba
kepada Yang Esa. Mencium sejadah, menadah tangan memohon doa, itulah hasrat
hatiku yang tidak pernah diketahui oleh orang lain. Namun,kemana jalan yang
harus ku tuju dahulu..aku masih buntu,kabur dengan diri..tiada seorang pun yang
dapat memanduku. Mereka hanya tahu mengherdik dan mencaci aku dengan
kisah-kisah silamku.
Cukuplah memanggilku kaki botol, kaki
maksiat..aku ingin dipanggil sebagai soleh dan baik seperti orang-orang yang ku
fikir soleh di luar sana. Hidup ini penuh sengsara. Di pinggir jalan menjadi
rumah kediamanku, sisa makanan di tong sampah menjadi pengalas perutku dan air
mentah di pili paip menjadi minuman seharianku.
Kini, aku berada di
sebuah pusat, di situlah tempat ku mencari kembali sinar hidup, hari-hari
hidupku penuh dengan tarbiah dan kasih sayang insan-insan yang kuanggap sebagai
keluarga baru selepas aku
mengenali seorang insan ini, biarlah ku sebut namanya sebagai tauladan
buat diriku dan diri mereka di sana, dialah Hairil Mujahid. Aku sayang padanya
melebihi sayangku pada diriku.
“Ehm..ehm...maafkan aku, imam muda kita ni
termenung apa ye..sampai tak berkelip mata aku tengok..” Hairil menepuk bahuku.
Aku tersedar dari lamunan panjang.
“oh..Ril..tak ada apa-apa..hanya ingat kisah
silam, kisah jahiliyyah aku dulu..”Aku menarik tangannya untuk duduk di
sebelahku.
“Kenangan yang lama jangan dikenang..ambil ia
sebagai pengajaran buat kita ye!”, dia memandangku. “Terima kasih ye...”Aku
menahan air mata yang hampir meleleh di pipi. “Terima kasih kenapa..?”, Hairil
bertanya. Wajahnya kelihatan tertanya-tanya kenapa aku berterima kasih padanya.
“Terima kasih sebab bantu aku..pimpin aku sampai ke sini”. Itulah perkataan
yang aku katakan setiap kali bertemu dengan Hairil. “Bukan sebab aku kau
berubah tapi sebab DIA..DIA sayangkan kau”, ringkas jawapan yang diberi oleh
Hairil tapi jawapan itu sangat berharga buatku. Aku hanya senyum. Benar..kita
hanya mampu berusaha memimpin seseorang ke jalan ALLAH tapi ALLAH jua yang
memberi hidayah padanya. Aku bersyukur kerana DIA masih memberiku peluang untuk
menuju ke jalan-Nya. “Hairil Mujahid..uhibbuka Fillah..”, itulah ucapan yang
bererti sayang terhadap seseorang. Aku lafazkan kepada sahabatku. “Sejak bila
pula sahabat aku ni jiwang semacam je..kena sampuk ke..”, Hairil melihatku
sambil tersenyum.Tergelak aku dengan jawapannya.”Eleh...buat tak kenal pulak aku macam mana..”, Aku
meletakkan cawan yang ku pegang di atas meja. “Uhibbuka Fillah Kaman..”, Hairil
menepuk belakangku. Aku dan Hairil ibarat kembar..yang tidak dapat dipisahkan
kecuali dengan takdir-Nya. Aku jalinkan ukhwah persahabatanku dengannya kerana
ALLAH semata-mata. Indahnya hidup dengan iman. Beberapa minit kemudian, azan
maghrib berkumandang. Hairil mengajakku berjemaah di masjid Ar-Rahman. Aku
disuruh untuk mengimamkan solat tersebut.
Sementara menunggu Bilal malaungkan azan solat
isyak, aku sempat berbual dengan Hairil.Kali ini ucapan Hairil sangat menyentuh
jiwaku.
“Soleh..esok aku
harap dapat solat berjemaah begini lagi..” Hairil memandangku sambil kakinya
berlunjur ke arah pintu masjid.
“Insyaallah, kalau diizin-Nya,kita solat
berjemaah lagi..kenapa kau kata begitu?”, aku memegang tangannya.Hangat. Aku
ingin merasa suhu badannya. Mungkin Hairil tidak sihat sebab berbicara
bukan-bukan sahaja. Tiba-tiba jantungku berdegup tahap maksima.
“Tak ada apa-apa..Cuma aku takut aku mati dalam
keadaan hina dan dosa”, Hairil menundukkan pandangan. Rasa hendak tercabut
jantungku mendengar kata-katanya.”Ish..jangan main-main dengan mati ni..kita
cakap pasal lain ye..”, aku cuba mengalihkan topik perbualan. “Kenapa? kau
takut aku mati ye..”, Hairil senyum. “Em..ye la..aku takut kehilangan kau..kau kan
sahabat aku dunia akhirat”. “Sayang jugak kau kat aku ye..”, Hairil melihatku
dengan wajah biasa. Aku tunduk malu. Aku dan Hairil bangun memenuhkan saf
hadapan. Kali ini, Hairil mengimamkan solat.
Bacaan surah Al-Waqiah yang dibaca oleh Hairil
sangat syahdu dan membuatkan seseorang mengalirkan air mata apabila
mendengarnya. Sesudah ruku’, diikuti pula dengan sujud. Di saat sujud, aku tidak
dapat lagi manahan sebakku di dada. Sekarang,sudah masuk rakaat keempat, aku
mengikuti langkah imam untuk sujud. Tiba-tiba kurasakan semuanya kabur..nafasku
tersekat-sekat. Semuanya menjadi pudar..bacaan Allahuakhbar ku dengar semakin
perlahan. Adakah saat ini akan ku bertemu dengan Pencipta nyawa ini..ya..rupa-rupanya
itu bukan tanda Hairil yang akan meninggalkan aku tapi aku,aku yang akan
bertemu dengannya-Nya dahulu...Lailaha Illallah..Muhammadurrasululluh..gelap.
Kisah ini
saya rungkaikan buat kita yang diluar sana..pujuklah jiwa-jiwa insan dengan
hikmah dan bijaksana, bukan dengan herdikan serta cemuhan semata-mata.
“Dan hendaklah di
antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh
(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah
orang-orang yang beruntung” (Ali-Imran :104)