Halaman

Khamis, 7 November 2013

Ketuk hati..

Assalamualaikum...

Adik Syafi comeeeel...:)


Haa....sekarang nak cerita tentang kanak-kanak atau adik2 saya yang comel2..heee...

Suka tengok wajah kanak-kanak yang belum ada dosa, mukanya bersih, nafasnya wangi dari perkara yang buruk..Allahurabbi...baiknya ALLAH Taala,sayangnya ALLAH pada kita..

Cuba fikirkan kalaulah kita lahir terus ada dosa, sudah tentu banyak tidak terkira dosa yang melekat dalam hati...hitam kelam hati...sampailah usia kita sekarang, belum dicampur dosa yang mendatang..Adik yang comel berkopiah hitam ni adik Syafi, pandai berkata-kata, kadang-kadang "mereka" mengajar kita perkara yang "orang dewasa" tahu tapi tidak diamalkan, buat endah tak endah saja...

"Kak, tengok kat depan tu...ada kubur"

"Yup...kubur,kalau nampak kubur cakap apa..?"

"Assalamualaikum ya ahli kubur..."

"Pandai..."

"Kak...cakap..cakaplah!"

"Oh...Assalamualaikum ya ahli kubur.."

Tergamam sebentar, yup.."orang dewasa" kadang-kadang pandai mengajar tapi lupa hendak terapkan dalam diri. Ya, kita manusia..sering lupa..bukankah dengan praktikan amalan baik ini akan buat kita ingat..ingat sebab sudah menjadi amalan seharian..jangan cakap nak ingat perkara-perkara besar, perkara kecil macam Alif, Ba..,Ta..pun kadang-kadang terlupa..itulah pentingnya amalan supaya diri yang penuh dosa ini sentiasa ingat dengan pencipta jasad dan roh..tidak leka dibuai lautan duniawi..

Di balik solat 5 kali sehari ada hikmah yang ALLAH letak...cuba bayangkan! kalau solat hanya dibuat sekali seminggu...sudah tentu ramai di antara kita yang lupa, lupa pada Yang Esa..sebab itu Allah Maha Tahu..antara tujuan solat 5 kali sehari adalah supaya kita sentiasa beringat kita ini berTUHAN...Subhanallah!..
Adik Munif & Hanif yang cute...:)

Tak apa...sama-sama ingat mengingatkan...ingatkan diri dan orang lain, diingatkan diri dan orang lain..InshaALLAH, moga ALLAH redha..

Satu lagi, dalam proses mentarbiah anak-anak logiknya kita menggunakan kaedah yang baik dan simple.. mudah difahami oleh mereka. Ajari mereka mengenal TUHAN tika usia masih kecil,pasakkan akidah yang mantap dalam diri mereka supaya kelak mereka "berjaya" bukan dengan hiburan semata-mata..kita mahu anak yang berbakti untuk ibu bapa malah yang penting berbakti pada ummah..bukan berjoget @ berdansa sesuka hati..Naudzubillah..

Jadilah orang yang manfaat untuk ummah, beri perkara baik, inshaAllah natijahnya baik...

Oke..tibe2 saya jadi emosional..hehe...sorry klau ada tersilap dan tersalah bicara..Yang baik dari ALLAH, yang buruk dari diri saya sendiri...wassalam..:)









Rabu, 6 November 2013

Roomatesku

Salam sakinah...semua senyum, jangan masam2 ye..haa..macam tulah..baru best...

Oke, kali ni saya nak kenalkan roomates yang comel2 blake ni...

Dari kiri, Sara, Aina Natrah dan Aina Tadj

Alhamdulillah, Allah pilih saya untuk sambung pengajian di UIAM atas fakulti undang-undang shariah, InshaAllah..oke, yang ni adalah sahabat-sahabat saya yang banyak menghiburkan hati di sana...Almaklum bila duduk berjauhan dengan keluarga memang kena rapat dengan sahabat2...yang penting binalah hubungan kita dengan Redha Allah..

Sara, anak negori sembilan, manis je orangnya dan keibu2an sikit, Alhamdulillah, bilik tak bersepah sebab dia suka mengemas...semuanya kemassss....ceria je, yang bestnya, dia rajin kemas barang-barang bukan miliknya skali...jadi, masuk aje bilik msti clean and clear dah..:)

Yang tengah comel tu Aina Natrah, orang jauh sana..Perak datangnya. Selalu bagi semangat pd kwn2...rajin outing dari bilik, kalau menghilang tu ke librarylah jwnbya...tak pun study group sampai lewat malam...memang rajin benor study...:)

Lastly, sahabat yang sentiasa berada di sisi sepanjang sem 1 ni..semua kerja buat bersama sebab kelas sama, result pun sama...!he2...macam kembar dah...Aina Tadj namanya...selalu ingatkan diri supaya datang awal & menepati waktu ke kelas..klau terlewat, jawabnya berlari bekejaranlah sama-sama...:)

Alhamdulillah, setiap perkara bahkan setiap orang yang kita kenal, Allah dah catat hikmahnya..kadang-kadang diri kita jadi baik dan tidak mudah putus asa atas dorongan "orang-orang macam mereka" yang tak pernah lekang mmberi nasihat pada diri..hargailah sahabat selagi masih bersama...binalah ikatan dengan iman supaya kita dapat sama-sama melangkah ke syurga, bukan dengan "tinggalkan" sahabat kita di belakang...~sama-sama pimpin tangan masuk syurga, itukan lebih best..~...

p/s :terima kasih sahabat sebab sudi berkawan dengan saya..Salam ukhwah Fillah (n_n)

Puding vanilla

Salam mahabbah Fillah~

 Orait, cuti sem ni hbskan sehari di rumah saudara di tanjung...hehe...cuba teka nak buat apa..?nak belajar buat kek...isi msa lapang sikit. Di pagi hari saudara datang ambik di rumah...tup2 pukul 9.30 bertolak ke rumahnya. Alhamdulillah, di samping buat kek bolehlah bergurau mesra erat sillaturahim..lagipun time2 cuti macam ni aje dapat berkumpul ramai2...

Oke...nak tau resipi apa..Alhamdulillah, sampai 3 resipi belajar dalam satu hari.Yang first, buat puding macam ni haaa....

Ada lapisan jeli dan buah2an di atasnya...(n_n)

Jom..kita kongsi resipi sama2...rugi kalau dapat ilmu tak share pada yang lain.Ini caranya :
Untuk bahan2 :

 1. Susu (boleh jenis mana-mana asalkan HALAL) -1 liter
 2. Serbuk vanilla flan (boleh dapatkan di kedai kek berhampiran) - jumlah bgntung sendiri, kalau      dalam paket 120 g utk 1 liter susu, kalau nak buat banyak cth utk kenduri boleh guna yg dalam botol punye..
 3. Jeli (biasa saya guna jeli dalam kotak tu..boleh dapati dalam pelbagai perisa)
 4. Buah-buahan campuran (yang ni saya guna dalam tin juga...tapi bergantung pada diri sendiri nak guna buah apa..semua boleh..ikut citarasa ye..)

orait, cara penyediaannya :

1. Panaskan 1 liter susu sampai mendidih.
2. Masukkan serbuk vanilla flan dan kacau perlahan-lahan. Tutup api
3. Bila dan selesai, tuang ke dalam bekas..(bekas comel yang kecik2 pun boleh guna, mcm dalam gmbar tu..)
4. Untuk Jeli pula, panaskan jeli (kalau satu paket jeli boleh guna 2 cawan air)
5. Tuangkan jeli ke atas puding vanilla flan tadi (tunggu puding vanilla flan tadi sejuk dulu ye, nak elak dari jeli tenggelam ke bawah..)
6. Apabila jeli selesai dimasukkan, boleh tabur buah-buahan di atasnya.
7.Biarkan jeli sejuk sikit, letak dalam peti sejuk
8. Alhamdulillah, selesai...

Haaa...gitulah caranya tapi saya pasti pembaca lebih pro tentang masakan kan...oke..selamat mencuba.Masak dari hati, masak with Iman...baca doa dulu sebelum masak, ketika masak dan selesai masak untuk hasil yang lebih baik...:)

Dua lagi resipi akan dikongsi pd msa hadapan, InshaAllah..:) Apa-apa resipi yang nak dikongsi bersama boleh komen di ruangan komen di bawah..Ilalliqa',salam...

                                                *SELAMAT MENCUBA*





Selasa, 5 November 2013

Soleh



Kadang-kadang hidup ini kurasakan begitu sukar..ya,sukar untuk menempuh semua ini seorang diri. Penuh dengan ujian,dugaan dan halangan yang mematangkan fikiran tika usia begini. Aku terfikir bagaimana mereka yang diluar sana mengharungi semua ini. Adakah mereka tiada ujian seperti ku..ah!tentu sekali tidak, kerana mereka yang bergelar insan tetap akan merasai ujian daripada ALLAH sebagai tanda kasih sayang-Nya. Aku tahu semua itu tapi hakikatnya hati ini kurasakan luluh dan rapuh lagi untuk bertahan.
Ku ingin jadi seperti mereka yang hidup dalam kerendahan hati. Mereka yang ku fikir tiada masalah tertaut di hati, menyeksa jiwa. Hidup ini penuh duri, renjau dan halangan.Mereka yang lemah sering ditindas oleh jiwa-jiwa yang tiada hati perut!. Mereka hanya melihat keburukan seseorang dan hanya pandai menyalahkan tapi tidak pandai menyentuh hati ini dari dalam, tidak pernah menyelami hati orang yang dipersalahkan. Ah!makin aku fikir,makin sakit hati ini, bagai dicucuk-cucuk dengan duri dan jarum.

“Hah! Budak nakal dah datang..buat kecoh di sini..” seorang lelaki yang amat ku kenal mengejek-ejekku di depan khalayak ramai. Apa mereka fikir aku ini tiada perasaan dan hati perut kah. Aku menundukkan kepala,ya,hanya itu yang dapat ku lakukan.

Memang dulu aku ini kaki botol, kaki judi dan macam-macam lagi pangkat yang dapat ku raih. Itu kisah silam yang menghantui diriku. Aku ingin keluar dari kegelapan maksiat ini dan keluar menuju cahaya,cahaya yang terang menyenangkan jiwa seorang insan yang bergelar hamba kepada Yang Esa. Mencium sejadah, menadah tangan memohon doa, itulah hasrat hatiku yang tidak pernah diketahui oleh orang lain. Namun,kemana jalan yang harus ku tuju dahulu..aku masih buntu,kabur dengan diri..tiada seorang pun yang dapat memanduku. Mereka hanya tahu mengherdik dan mencaci aku dengan kisah-kisah silamku.

Cukuplah memanggilku kaki botol, kaki maksiat..aku ingin dipanggil sebagai soleh dan baik seperti orang-orang yang ku fikir soleh di luar sana. Hidup ini penuh sengsara. Di pinggir jalan menjadi rumah kediamanku, sisa makanan di tong sampah menjadi pengalas perutku dan air mentah di pili paip menjadi minuman seharianku.
Kini, aku berada di sebuah pusat, di situlah tempat ku mencari kembali sinar hidup, hari-hari hidupku penuh dengan tarbiah dan kasih sayang insan-insan yang kuanggap sebagai keluarga baru selepas  aku mengenali  seorang insan ini, biarlah ku sebut namanya sebagai tauladan buat diriku dan diri mereka di sana, dialah Hairil Mujahid. Aku sayang padanya melebihi sayangku pada diriku.


“Ehm..ehm...maafkan aku, imam muda kita ni termenung apa ye..sampai tak berkelip mata aku tengok..” Hairil menepuk bahuku. Aku tersedar dari lamunan panjang.

“oh..Ril..tak ada apa-apa..hanya ingat kisah silam, kisah jahiliyyah aku dulu..”Aku menarik tangannya untuk duduk di sebelahku.

“Kenangan yang lama jangan dikenang..ambil ia sebagai pengajaran buat kita ye!”, dia memandangku. “Terima kasih ye...”Aku menahan air mata yang hampir meleleh di pipi. “Terima kasih kenapa..?”, Hairil bertanya. Wajahnya kelihatan tertanya-tanya kenapa aku berterima kasih padanya. “Terima kasih sebab bantu aku..pimpin aku sampai ke sini”. Itulah perkataan yang aku katakan setiap kali bertemu dengan Hairil. “Bukan sebab aku kau berubah tapi sebab DIA..DIA sayangkan kau”, ringkas jawapan yang diberi oleh Hairil tapi jawapan itu sangat berharga buatku. Aku hanya senyum. Benar..kita hanya mampu berusaha memimpin seseorang ke jalan ALLAH tapi ALLAH jua yang memberi hidayah padanya. Aku bersyukur kerana DIA masih memberiku peluang untuk menuju ke jalan-Nya. “Hairil Mujahid..uhibbuka Fillah..”, itulah ucapan yang bererti sayang terhadap seseorang. Aku lafazkan kepada sahabatku. “Sejak bila pula sahabat aku ni jiwang semacam je..kena sampuk ke..”, Hairil melihatku sambil tersenyum.Tergelak aku dengan jawapannya.”Eleh...buat  tak kenal pulak aku macam mana..”, Aku meletakkan cawan yang ku pegang di atas meja. “Uhibbuka Fillah Kaman..”, Hairil menepuk belakangku. Aku dan Hairil ibarat kembar..yang tidak dapat dipisahkan kecuali dengan takdir-Nya. Aku jalinkan ukhwah persahabatanku dengannya kerana ALLAH semata-mata. Indahnya hidup dengan iman. Beberapa minit kemudian, azan maghrib berkumandang. Hairil mengajakku berjemaah di masjid Ar-Rahman. Aku disuruh untuk mengimamkan solat tersebut.

Sementara menunggu Bilal malaungkan azan solat isyak, aku sempat berbual dengan Hairil.Kali ini ucapan Hairil sangat menyentuh jiwaku.
“Soleh..esok aku harap dapat solat berjemaah begini lagi..” Hairil memandangku sambil kakinya berlunjur ke arah pintu masjid.

“Insyaallah, kalau diizin-Nya,kita solat berjemaah lagi..kenapa kau kata begitu?”, aku memegang tangannya.Hangat. Aku ingin merasa suhu badannya. Mungkin Hairil tidak sihat sebab berbicara bukan-bukan sahaja. Tiba-tiba jantungku berdegup tahap maksima.

“Tak ada apa-apa..Cuma aku takut aku mati dalam keadaan hina dan dosa”, Hairil menundukkan pandangan. Rasa hendak tercabut jantungku mendengar kata-katanya.”Ish..jangan main-main dengan mati ni..kita cakap pasal lain ye..”, aku cuba mengalihkan topik perbualan. “Kenapa? kau takut aku mati ye..”, Hairil senyum. “Em..ye la..aku takut kehilangan kau..kau kan sahabat aku dunia akhirat”. “Sayang jugak kau kat aku ye..”, Hairil melihatku dengan wajah biasa. Aku tunduk malu. Aku dan Hairil bangun memenuhkan saf hadapan. Kali ini, Hairil mengimamkan solat.

Bacaan surah Al-Waqiah yang dibaca oleh Hairil sangat syahdu dan membuatkan seseorang mengalirkan air mata apabila mendengarnya. Sesudah ruku’, diikuti pula dengan sujud. Di saat sujud, aku tidak dapat lagi manahan sebakku di dada. Sekarang,sudah masuk rakaat keempat, aku mengikuti langkah imam untuk sujud. Tiba-tiba kurasakan semuanya kabur..nafasku tersekat-sekat. Semuanya menjadi pudar..bacaan Allahuakhbar ku dengar semakin perlahan. Adakah saat ini akan ku bertemu dengan Pencipta nyawa ini..ya..rupa-rupanya itu bukan tanda Hairil yang akan meninggalkan aku tapi aku,aku yang akan bertemu dengannya-Nya dahulu...Lailaha Illallah..Muhammadurrasululluh..gelap.



 Kisah ini saya rungkaikan buat kita yang diluar sana..pujuklah jiwa-jiwa insan dengan hikmah dan bijaksana, bukan dengan herdikan serta cemuhan semata-mata.
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Ali-Imran :104)

Ahad, 10 Februari 2013

Cinta high class


Bismillahirrahmanirrahim...ku mulai penulisan ini dengan lafaz yang mulia..Ar-Rahman & Ar-Rahim..

Assalamualaikum w.b.t,moga semuanya dalam keadaan sihat wa rahmah abadan..

Cinta High class?bak kata penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha dan suaminya Dr.Farhan Hadi. Diriku kagum membaca bait-bait tulisan mereka, jelas sekali cinta mereka cinta yang suci dan murni, tidak ternoda dengan maksiat serta zina seperti para muda mudi zaman ini.

Jauh di sudut hati ana, punya rasa ingin memiliki cinta seperti mereka,cinta seperti baginda Rasulullah dengan isteri-isterinya, cinta seperti Saidina Ali bersama bidadari hatinya, Cinta seperti Balqis dengan Nabi Sulaiman...bukan cinta bak Laila Majnun, ataupun cinta lain yang hinggap bersama dosa dan noda.

Setelah hatiku dilamar seorang mujahid, hati ini terasa seperti gembira tidak terkata indahnya.Namun, indah lagi jika hati ini disemai dengan cinta halal selepas pernikahan.Daku tidak yakin dengan cinta insan kerna hati insan sentiasa berbolak balik,ada pasang surutnya..sekejap berombak,sekejap beralun.Cinta pada Pemilik sebenar cinta adalah paling sejati dan kekal buat selama-lamanya.

Terusik juga hati ini dengan kata-kata dari mujahid,"Insya-Allah,segalanya akan dia ceritakan selepas sahnya akad", betul,tidak ana nafikan kata-katanya...selepas akad segala yang haram pada berlainan jantina menjadi halal,segala yang tersembunyi dan rahsia menjadi terbuka dengan redha Ilahi, segala yang tersirat pada diri diketahui.Indahnya alam nikah.

Ana meyakini diri mujahid namun jauh di lubuk qalbi, terasa diri ini kerdil kerna diriku tidak secantik Aisyah, tidak juga semewah hartawan islam Balqis,dan tidak juga setabah Siti Khadijah yang berjuang demi islam.Namun, dengan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri, Insya-Allah, akan ana usahakan ke arah terbaik demi menggapai redha Ilahi.

Beberapa ketika perkenalan ana dengan mujahid, ana dapati dirinya bukanlah sehebat Rasulullah dan tidak akan menjadi sehebat baginda, tidak juga setabah Saidina Ali jauh sekali langit dan bumi..tetapi ana bersyukur kerana Allah temukan diri yang faqir ini dengan mujahid, mujahid yang berusaha berjuang untuk agama, mungkin dirinya yang tidak ku kenali semuanya berjuang demi dakwah menegakkan kalimah Al-Khaliq.

Ana tidak nafikan puji-pujian yang lebih tinggi akan ana ungkapkan buat sang suami di masa akan datang.Dialah pemimpin ana ke syurga, dialah penyeri ana saat suka dan duka, dialah pengubat rindu dan dia jugalah pemberi semangat saat diri jatuh tersungkur..dialah insan bernama suami.Seorang muslimah tentu sekali mengharapkan teman hidup bukanlah yang terbaik tetapi yang rela dirinya terkorban demi agama, menjadi imam dalam keluarga.

Buat mujahid yang dicintai Allah, ana tidak pasti perkenalan kita akan sampai ke jinjang pelamin kerana segalanya terletak pada DIA,yang Maha Pencipta Cinta. Ana doakan perkenalan kita yang tidak seberapa ini menjadi perkenalan yang diredhai-Nya sampai masanya biiznillah.Perkenalan kita juga ana harap tidak seperti perkenalan mereka yang sudah tiada rahsia tersimpan apabila semuanya diungkap kepada kekasih yang tidak halal baginya.Biarlah perkenalan kita berlandaskan syarak dan menyelusuri jalan yang benar.

Ana juga tidak berniat hendak memuji kehebatan pada diri mujahid cuma sama-sama berkongsi ilmu ke arah yang perkara yang baik.Maaf atas segala kekurangan diri dan penulisan ana.Semua yang hebat datang dari-Nya dan semua yang kurang datang dari-Nya juga menerusi diri ana yang dhaif.Moga tulisan dan kata-kata ini tidak menjadi fitnah untuk kita .Salam ukhwah Fillah.


Hamba Allah,
Mawar Zahra