Hari ni nak cerita tentang "Kem Mukmin Qawiy" bersama fasilitatornya yang sememangnya Qawiy, InshaAllah. :D
![]() |
| Ni haa..name tag mukmin qawiy plus button batch. (Kredit tu Aqila Sufiyyah)..:) |
Tapi..
Tulah yang maniisss sebenarnya. Dapat saling kerjasama siapkan perjalanan kem. Alhamdulillah, dapat pertolongan dari kawan-kawan yang baik semuanya. Anak-anak buah (junior) yang mantoopp..mudah kerjasama..:)
Kem berjalan lancar, Alhamdulillah. Bila jumpa kawan lama semula, terasa diri ini kerdil aje..diorang dah besar-besar. Adik-adik junior pulak tinggi-tinggi.
"Kak, kak macam adik je..sebab kecik"..huhu, tak apala..kecik-kecik cili padi tau.
Nak kenalkan dengan group mukmin Qawiy:;
![]() |
| Saff fasi perempuan yang kiut..:) |
![]() |
| Yang ni pula syabab muda..:) |
Apa yang penting? Ikhlas.Ikhlas.Ikhlas. Jika tidak keranaNya, pasti ada kekurangan. Setiap perkara yang dibuat pasti keranaNya. Dari kiri tu Che Wan, tolong sumbang suara untuk MC majlis penutup. Amri ustaz yang kacak bergaya. Muhaimin, tiba muncul hari akhir program, Syahid yang hebat merangkap ketua disiplin kem, yang hensem baju batik kuning tu ustaz kiter, ustaz Abdul Manan Al-Marbawi, berbeju melayu biru namanya Saufi; ketua kem, Si baju kot hitam Adil Fahim juru kamera kite dan berjubah Syed Abdus Salam moderator slot teori solat. Faiz, Amirul Asyraf dan Badiuzzaman, terima kasih. (tiada dalam gambar)
Terima kasih kalian kerana sudi sumbang tenaga, masa malah idea untuk kem ini.Ana hargai. Moga ALLAH membalas jasa baik kalian..:)
*InshaAllah, moga kem kita tidak terhenti di sini saja..sama juga dengan ukhwah yang terbina..Sama-sama perjuangkan Islam naikkan nama ad-deen,InshaAllah*
Sekian,,(n_n)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan