Halaman

Sabtu, 22 Mac 2014

'U'

Assalamualaikum W.B.T..:)

Kalau di peringkat sekolah dulu, antara cita-cita ana adalah...

'NAK MASUK U'

Gambar pamer..:)
Bila dah masuk universiti, tujuan ana terhenti seketika. Ana pernah menyoal diri 'lepas ni nak pergi mana?, buat apa?'.Jadi buntu seketika. Lepas termenung seketika, baru dapat jawapannya. 'Universiti bukan segalanya, bukan satu tujuan yang wajib tapi ilmu dan akhirat itu penting, universiti hanya tempat..'. Alhamdulillah, dapat menjejakkan kaki ke bumi cfs, UIAM. Pelbagai ilmu yang dipelajari. Ukuran ilmu yang sebenar bukan pada pointer tapi pada amal dan kefahaman. Sejauh mana kita faham dan beramal dengan apa yang kita faham. Itu hakikatnya.

Buktinya; 

Ada aje lulusan universiti jadi pelacur, jadi perompak, jadi orang yang tidak baik. jadi, semua bergantung pada diri kita..

Ada aje orang yang tidak masuk universiti, berjaya. 

Kejayaan bukan dilihat pada sijil ijazah tapi kejayaan sebenar dilihat pada akhlak.Akhlak itu yang utama. Belajarlah walaupun bukan di universiti, belajarlah walaupun di universiti, belajarlah..

Ilmu Allah itu luas, sangat luas.

Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan