Assalamualaikum w.b.t,moga semuanya dalam keadaan sihat wa rahmah abadan..
Cinta High class?bak kata penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha dan suaminya Dr.Farhan Hadi. Diriku kagum membaca bait-bait tulisan mereka, jelas sekali cinta mereka cinta yang suci dan murni, tidak ternoda dengan maksiat serta zina seperti para muda mudi zaman ini.
Jauh di sudut hati ana, punya rasa ingin memiliki cinta seperti mereka,cinta seperti baginda Rasulullah dengan isteri-isterinya, cinta seperti Saidina Ali bersama bidadari hatinya, Cinta seperti Balqis dengan Nabi Sulaiman...bukan cinta bak Laila Majnun, ataupun cinta lain yang hinggap bersama dosa dan noda.
Setelah hatiku dilamar seorang mujahid, hati ini terasa seperti gembira tidak terkata indahnya.Namun, indah lagi jika hati ini disemai dengan cinta halal selepas pernikahan.Daku tidak yakin dengan cinta insan kerna hati insan sentiasa berbolak balik,ada pasang surutnya..sekejap berombak,sekejap beralun.Cinta pada Pemilik sebenar cinta adalah paling sejati dan kekal buat selama-lamanya.
Terusik juga hati ini dengan kata-kata dari mujahid,"Insya-Allah,segalanya akan dia ceritakan selepas sahnya akad", betul,tidak ana nafikan kata-katanya...selepas akad segala yang haram pada berlainan jantina menjadi halal,segala yang tersembunyi dan rahsia menjadi terbuka dengan redha Ilahi, segala yang tersirat pada diri diketahui.Indahnya alam nikah.
Ana meyakini diri mujahid namun jauh di lubuk qalbi, terasa diri ini kerdil kerna diriku tidak secantik Aisyah, tidak juga semewah hartawan islam Balqis,dan tidak juga setabah Siti Khadijah yang berjuang demi islam.Namun, dengan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri, Insya-Allah, akan ana usahakan ke arah terbaik demi menggapai redha Ilahi.
Beberapa ketika perkenalan ana dengan mujahid, ana dapati dirinya bukanlah sehebat Rasulullah dan tidak akan menjadi sehebat baginda, tidak juga setabah Saidina Ali jauh sekali langit dan bumi..tetapi ana bersyukur kerana Allah temukan diri yang faqir ini dengan mujahid, mujahid yang berusaha berjuang untuk agama, mungkin dirinya yang tidak ku kenali semuanya berjuang demi dakwah menegakkan kalimah Al-Khaliq.
Ana tidak nafikan puji-pujian yang lebih tinggi akan ana ungkapkan buat sang suami di masa akan datang.Dialah pemimpin ana ke syurga, dialah penyeri ana saat suka dan duka, dialah pengubat rindu dan dia jugalah pemberi semangat saat diri jatuh tersungkur..dialah insan bernama suami.Seorang muslimah tentu sekali mengharapkan teman hidup bukanlah yang terbaik tetapi yang rela dirinya terkorban demi agama, menjadi imam dalam keluarga.
Buat mujahid yang dicintai Allah, ana tidak pasti perkenalan kita akan sampai ke jinjang pelamin kerana segalanya terletak pada DIA,yang Maha Pencipta Cinta. Ana doakan perkenalan kita yang tidak seberapa ini menjadi perkenalan yang diredhai-Nya sampai masanya biiznillah.Perkenalan kita juga ana harap tidak seperti perkenalan mereka yang sudah tiada rahsia tersimpan apabila semuanya diungkap kepada kekasih yang tidak halal baginya.Biarlah perkenalan kita berlandaskan syarak dan menyelusuri jalan yang benar.
Ana juga tidak berniat hendak memuji kehebatan pada diri mujahid cuma sama-sama berkongsi ilmu ke arah yang perkara yang baik.Maaf atas segala kekurangan diri dan penulisan ana.Semua yang hebat datang dari-Nya dan semua yang kurang datang dari-Nya juga menerusi diri ana yang dhaif.Moga tulisan dan kata-kata ini tidak menjadi fitnah untuk kita .Salam ukhwah Fillah.
Hamba Allah,
Mawar Zahra

Tiada ulasan:
Catat Ulasan